berita

Berebut Kereta Ibu Di Pagi Syawal, Adik Cederakan Abang Kandung Guna Pisau Pemotong Ayam

May 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana berebut kereta untuk pergi beraya sempena Aidilfitri lalu, seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan abang kandungnya.

Berebut kereta nak pergi beraya

Memetik laporan Berita Harian, insiden cemas tersebut dipercayai berlaku selepas tertuduh yang dikenali dengan nama Nabil Sarip bertengkar dengan abang kandungnya, Muhamad Farok Sarip ekoran berebut mahu menggunakan kereta jenis pacuan empat roda jenis Toyata Hilux milik ibu mereka pada pagi Syawal, 2 Mei 2022 yang lalu.

Menurut sumber, tertuduh yang berusia 30 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong ayam. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Tertuduh tidak mengaku bersalah

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili Peguam Amrit Singh merayu nilai jaminan dikurangkan dengan alasan lelaki itu perlu menanggung kedua ibu bapa yang sudah uzur. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan bahawa tertuduh dilarang mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa dalam apa juga cara. Hakim menetapkan 7 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×