berita

Bergaduh Sebelum Bunuh Teman Lelaki, Wanita Ditemukan Panik & Sedih Di Sisi Mayat

November 22nd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pihak polis menahan seorang wanita dipercayai membunuh seorang lelaki di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, malam tadi (Isnin).

Artikel Berkaitan: Lelaki Buang Mayat Teman Wanita Lepas Bunuh & Kerat Badan Dipenjara 70 Tahun

Artikel Berkaitan: Nangis Tak Henti, Lelaki Pukul, Cekik & Campak Anak Teman Wanita Sampai Mati

Lelaki warga tempatan ditemui maut

Menerusi laporan Harian Metro, berlaku pergaduhan antara seorang lelaki bersama wanita warga asing di apartment berkenaan sebelum mangsa ditemui maut dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai berpunca daripada sebilah pisau pemotong sayur yang dijumpai di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof memberitahu, siasatan awal mendapati wanita terbabit adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.

Kami menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di apartmen ini yang memaklumkan terdapat kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba, kami menemui mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan kesan darah pada lantai. Terdapat seorang wanita berada di lokasi dalam keadaan panik dan kesedihan.

Tambah Nanda, siasatan lanjut mendapati suspek adalah warganegara Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke Malaysia pada Jun lalu. Bagaimanapun pihaknya akan membuat semakan lanjut dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Daripada maklumat awal yang diterima daripada orang awam di sekitar lokasi, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan wanita berkenaan kira-kira 9 malam. Pihak polis akan menahan wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×