Nama pelawak Ali Puteh menjadi panas selepas mendakwa balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain lagi dipercayai untuk upacara ritual tertentu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Jangan dibuat main
@ohbulanofficial Replying to @hairulnashriq Menurut Ali, rata-rata warganet menganggap taburan garam kasar dan bangkai mengkarung itu sebagai mainan. #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #aliputeh #garam #limau #mainan ? original sound – Ohbulan
Tidak berkesudahan di situ apabila Ali memuat naik satu hantaran lagi di Instagram (IG), pada pagi Sabtu. Menurut Ali, rata-rata warganet menganggap taburan garam kasar dan bangkai mengkarung itu sebagai mainan.
Malah, ada juga segelintir yang menyifatkan dakwaan itu sekadar jenaka.
Bergelak ketawa la dengan sindiran komen taburan garam limau dan bangkai itu sebagai mainan. Ada yang mengejek ini sebagai jenaka.
Ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam garam. Tidak kena pada anda semua. Kalau kena, pada yang komen itu semua tau la. Baru tau apa yang kami sekeluarga rasa. Ini barang jangan dibuat main.
Dah pulangkan barang
Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut meninggalkan kata-kata kepada individu yang didakwa menabur iaitu Hidayah.
Pelawak berumur 33 tahun ini mendoakan agar Allah SWT memberikan keampunan dengan perbuatan tersebut.
Pada si penabur barang-barang itu.. jangan risau. Kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu.
Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dibuat.
Hasil pemerhatian OhBulan!, Ali bertindak menutup ruangan komen di entri terbabit.
Pada Jumaat, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah peninggalan arwah di Gombak, tidak disambut baik.
Hidayah juga menggesa Ali untuk menyegerakan bayaran RM60,000 seperti yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.
Selepas Hidayah pulang, Ali memuat naik video dengan menunjukkan kawasan luar pagar rumah itu yang ditaburi garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung.
Sumber: Instagram