berita

[VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000

February 10th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya di rumah peninggalan yang terletak di Gombak, Selangor, tidak dilayan, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ali Puteh Tidak Lengah Lagi Bayar Ganti Rugi RM60,000’ – Hidayah Abam

Hampa tak boleh masuk rumah sendiri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Menerusi video di Instagram (IG), Hidayah yang ditemani peguam telah ‘disidai’ selama satu jam di luar rumah tanpa dipelawa masuk.

Di hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahun pemergian arwah. Sekarang saya kat rumah saya tetapi tidak ada sesiapa yang menyahut walaupun sudah tekan loceng.

Satu jam saya tunggu tetapi tiada siapa buka pintu. Tengok ini, ada kereta, kasut dan motosikal. Ini rumah arwah suami. Minta tolong viralkan.

Tambah ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, dia sedih melihat keadaan rumah seakan tidak terjaga.

Rumah macam hutan. Sedih tengok rumah.

Dalam pada itu, Hidayah menyatakan peguam sudah menghantar surat untuk pihak sebelah sana iaitu pelawak Ali Puteh menjelaskan bayaran RM60,000 seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.

Peguam dah bagi masa selama 21 hari untuk serahkan kunci rumah dan buat bayaran RM60,000. Saya harap pihak di sana mempercepatkan membuat bayaran.

Pada 28 Disember 2022, Ali Puteh kekal diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya kerana memfitnah wanita itu dalam laman sosial Instagram, tiga tahun lalu.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×