berita

Bergurau Harap Pejabat Terbakar, Lihat Respon Admin PTPTN Ini. Makan Dalam Habis!

February 14th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam, heboh di media sosial mengenai pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hangus dijilat api dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu. Menurut maklumat awal, sebanyak 40 peratus bangunan 6 tingkat itu terbakar.

Namun disebalik insiden itu, ada sesetengah pihak yang seakan ‘mendoakan’ sesuatu yang tidak elok terjadi. Mungkin dalam nada gurauan, namun balasan yang diterima kemudiannya memang ‘makan dalam’ kata orang.

Harap pejabat lain terbakar

Satu akaun Twitter, Perak Power memuat naik satu tweet yang mengatakan ramai yang mengharapkan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terbakar dan bukan pejabat KWSP. Perkara itu dipercayai sebagai satu helah supaya rekod pinjaman hilang dan peminjam bebas berhutang.

Walaupun dilihat lucu dan mungkin hanya bergurau senda, tweet berkenaan mendapat perhatian daripada pengendali pihak PTPTN sendiri menerusi akaun rasmi mereka.

Tidak baik mendoakan perkara kurang elok

Balasan yang dibuat admin tweet PTPTN antara lain menasihatkan akaun berkenaan tidak mendoakan perkara yang tidak elok kepada pihak lain. Apatah lagi bagi pihak yang pernah memberi bantuan kepada pelajar melanjutkan pengajian tinggi.

Pesannya lagi, pihak terbabit perlu lebih menghargai dan memikirkan jika situasi buruk yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk keluarga individu itu.

Dah berhutang tak nak bayar..

Takde sensitiviti langsung

Bukan admin yang mengharap

Sumber: Perak Power

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×