berita

‘Berhati-Hatilah Dengan Istidraj’ – Puteri Sarah

July 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu dia tidak kisah mengenai video viral di antara suaminya, Syamsul Yusof dan Kazar di sebuah kedai emas. Tambah Sarah, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar.

Artikel berkaitan: Puteri Sarah Tak Kisah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Saman Ira Kazar

Terbaru, pelakon drama ‘Dunia Anita’ itu memuat naik sebuah posting mengenai Istidraj di Instagram Story miliknya. Eh siapa pulak tu?

Berhati-hati dengan istidraj

Menerusi sebuah video di TikTok @Rghaikimbyeongho, Syamsul dan bapa kepada Ira iaitu Kazar Sanusi hadir ke sebuah kedai emas. Dalam rakaman tersebut, kedua pelakon itu seakan sekadar membuat ‘content’ sambil memegang beberapa perhiasan emas. Bagaimanapun, tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disenangi ramai memandangkan isu rumah tangga pengarah Mat Kilau itu dilihat masih belum berkesudahan.

Menerusi tinjauan OhBulan! Sarah kemudian dilihat memuat naik sebuah posting mengenai istidraj. Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa, namun ramai beranggapan ianya merujuk kepada suaminya.

Di Instagram story

Terdahulu, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah sudah menetapkan tarikh 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya. Dalam pada itu, peguam juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Defendan (Ira Kazar) diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×