berita

‘Berilah Saya Waktu…’ – Elyana Dedah Kanser Hampiri Tahap 5, Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha

December 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Elyana pasti semua sudah mengenali pelakon yang memegang watak dalam drama terkenal Dunia Baru. Elyana sebelum ini memaklumkan kepada media bahawa dirinya menghidap penyakit kanser.

Terbaru, aktress ini mengesahkan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu kini sudah hampir memasuki tahap lima.

Kanser dah merebak

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, Elyana menjelaskan bahawa sel kanser lama sebelum ini telah pun berkurangan tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila doktor memaklumkan ianya sudah pun merebak ke bahagian organ tubuh badannya.

Namun begitu, doktor mendapati kanser itu te­lah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha.

Difahamkan, apabila saiz semakin membesar ianya akan memberi kesan terhadap tulang dan secara tidak langsung boleh membuatkan dia lumpuh.

Hilang selera makan

Bukan itu sahaja, tubuh badan penyanyi berusia 33 tahun ini juga kelihatan agak lemah dan kurus disebabkan dia hilang selera makan.

Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram. Berilah waktu untuk saya kuat dahulu, Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan melakukan kemoterapi secepat mungkin.

Tambahnya lagi, walaupun doktor mahu rawatan kimoterapi dilakukan segera tetapi dia tidak disarankan melakukannya buat masa ini kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×