berita

‘Berjalan Pun Atas Sebab Pembedahan’ – Wani Comel Harap Usahawan Kosmetik Tunaikan Janji

December 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Berlangsungnya sidang media oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira yang mendakwa dirinya telah ditipu selepas tidak mendapat sebarang bayaran dari seorang usahawan kosmetik terkenal. Ujur gadis ini, dia telah didatangi usahawan kosmetik itu untuk melantik dirinya sebagai duta produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut.

Dalam sidang media itu, Wani Comel mendedahkan perkara sebenar penderitaan yang terpaksa ditanggung bersama keluarga dan dianggap dirinya dipergunakan semata-mata.

‘Saya boleh tanggung awak’

Wani ketika di sidang media itu mendakwa dirinya telah di tipu seorang ahli perniagaan terkenal untuk mengambilnya sebagai duta produk kurus. Dia juga menafikan kepada pihak media punca dia tidak boleh berdiri dan berjalan disebabkan pernah terjatuh sehingga mengundang kecederaan pada bahagian sendi di kaki.

Asalnya saya tak boleh berjalan sebab saya jatuh pada 2017. Selepas saya jatuh tu, saya tak boleh berdiri sebab ada masalah dengan sendi-sendi. Saya jumpa dengan mereka pada tahun lepas 2019 selepas raya. Apa yang saya nak betulkan adalah mereka yang cari saya, bukan saya yang cari mereka.

Mereka datang dan cakap ke saya, “saya boleh tanggung awak buat pembedahan potong usus”. Awalnya saya tak setuju.

Menurut pengakuan dari Wani juga bahawa usahawan itu pernah berjanji untuk membantunya termasuk keluarga gadis ini. Tambahnya, ketika itu dia bersetuju dengan perjanjian tersebut adalah disebabkan soal keluarga.

Gadis ini sedih dan kecewa apabila dia hanya turunkan tandatangan sahaja di halaman sepatutnya tanpa membaca kontrak perjanjian yang ditulis dalam dokumen tersebut. Dia turut merasakan maruah keluarganya dipermainkan, selain pandangan dari masyarakat terhadap dirinya yang dianggap sering meminta bantuan orang luar.

Mereka janji untuk belikan rumah

Sementara itu, Wani turut berkongsikan ‘janji-janji manis’ usahawan itu yang ditawarkan kepada dirinya ketika menandatangani kontrak berkenaan.

Mereka janji untuk jaga kebajikan saya dan keluarga, belikan rumah, bagi saya kereta, akan menyara hidup saya dan keluarga.

Gadis ini turut mengakui bahawa dia terpaksa menjalankan tanggungjawabnya dengan mengamalkan minuman turunkan berat badan itu. Pengambilan ubat tersebut hanya dilakukan di depan kamera sahaja.

Hanya di depan kamera sahaja. Belakang kamera saya tak makan. Saya berjalan pun atas sebab pembedahan dan saya jaga makan. Lepas hari last saya keluar pembedahan tu, dah tak ada apa dah. Tak ada check up ke.. dah tak ada. Habis macam tu je. Di HUKM sekitar bulan lapan tahun lepas.

Terikat dengan kontrak

https://www.facebook.com/669791046367615/videos/1231554693907569

Tambah Wani lagi, dia bertindak untuk membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik itu demi menjaga keamanan dirinya dan keluarga. Termasuk juga tindakan pihak usahawan itu telah meninggikan suara dan marah Wani sebagai seorang yang tidak kenang budi apabila menerima bantuan dari salah satu badan NGO.

Pihak terbabit juga pernah mengugut Wani dengan harga RM60 ribu sekiranya gadis ini tidak mematuhi kehendak mereka.

Tambahnya, dia sebelum ini tidak berani untuk tampilkan diri membuat laporan atau mendedahkan kebenaran disebabkan dirinya terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya. Namun, dia bertindak berani apabila kontrak tersebut telah dikoyak oleh pekerja usahawan itu di hadapannya.

Sumber: Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×