berita

Berkat Gigih Berniaga, Hidayah Abam Beli Toyota Vellfire

July 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak pernah kenal erti penat. Itu yang boleh disifatkan kepada isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang pandai mencari duit hasil titik peluh sendiri.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Gila Harta’ – Hidayah Abam Syukur Nama Dah Bersih, Kongsi Hashtag #BerkatDoaAnakYatim

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Arwah Abam Sebak Nampak Kereta Suami Atas Jalan – ‘Hanya Tinggal Kenangan’

Alhamdulillah syukur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Terbaru, Hidayah berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli sebuah kereta mewah Toyota Vellfire. Menurut Hidayah, ini adalah rezeki yang dikurniakan selama dia bekerja keras menguruskan bisnes.

Alhamdulillah syukur berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun, daun sukun dan serum.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram (IG), Hidayah bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdiri di hadapan kereta mewah berwarna hitam itu ketika sambutan Aidiladha, baru-baru ini.

Jadi inspirasi

Menjengah di ruangan komen, wanita berumur 31 tahun itu turut menjelaskan dia tidak membeli semula kereta arwah yang sudah dijual kepada pemilik baru.

Rata-rata wargamaya tumpang gembira apabila ibu tunggal ini membuktikan dia boleh berdiri atas kaki sendiri biarpun pelbagai dugaan yang menimpa selepas kehilangan suami tercinta.

Ada juga yang ingin menjadikan perjalanan Hidayah sebagai sumber inspirasi kepada semua wanita untuk terus bangkit memulakan kehidupan kembali.

Sebelum ini, Hidayah mengundang simpati netizen apabila dia meluahkan rasa sedih selepas berselisih dengan kereta lama yang dinaiki mereka sekeluarga di atas jalan raya.

Terdahulu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Sumber: Instagram @hidayah_hamzahh

SKIP THIS AD ×