Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menerima banyak mesej serta komen yang mempersoalkan keputusannya memilih untuk bersalin secara pembedahan atau caesar.
Bagaimanapun, Ayda tidak mahu memberi komen lebih mengenai isu berkenaan, malah memilih untuk meluahkan hal yang positif sahaja.
Artikel Berkaitan: Terima Komen Negatif Isu Bersalin Secara Czer, Ini Respon Ayda Jebat
Isteri dua kali bersalin caesar
Isu ini menarik perhatian doktor selebriti, Dr Say untuk membuka mulut memandangkan isterinya, Dr Azura Abas juga melahirkan anak mereka melalui caesar.
Triggered dengan makcik bawang yang komen kepada post @aydajebat yang memandang jelek bersalin melalui pembedahan atau caesar maka jom bukak topik “bersalin ikut tingkap”. Kepada yang tak tahu, isteri saya bersalin kali pertama melalui emergency caesar dan kali kedua through elective caesar.
Kalau tanya saya, semestinya saya suka isteri bersalin cara biasa sebab kurang komplikasi dan kurang hospital stay. Namun kali pertama bersalin kami terpaksa caesar sebab tali pusat menjerut kuat leher baby maka takkan saya nak cakap dengan bini “ehhh jangan, caesar mahal, cuba awak cuba teran kuat sikit, berak, berak”.
Kali kedua pakar kami cerita ada 20% risiko kegagalan untuk bini bersalin biasa maka saya pilih tak nak ambik risiko tu dan nasihatkan bini to go for elective caesar.
Ubah pemikiran kolot
Tambah Dr Say, dakwaan yang mengatakan bersalin secara caesar tak sakit jika ingin dibandingkan secara normal adalah tidak benar. Katanya, penjagaan untuk ibu yang menjalani pembedahan sangat perlu dititikberatkan.
Malah, menurut Dr Say, ibu yang bersalin caesar berisiko mendapat komplikasi seperti jangkitan pada luka pembedahan, pendarahan melampau, risiko darah beku yang boleh menyerang paru-paru dan menyebabkan kematian.
“Best la bersalin caesar tak sakit”. Masa tengah bersalin memang tak sakit langsung sebab dapat bius, boleh sembang-sembang sambil perut dan rahim dibelah, tapi Allah Maha Adil.
Lepas habis pembedahan tanyalah mak-mak yang dah pernah caesar macam mana peritnya. Ada yang sebulan terlantar akibat kesakitan.
Yang bersalin normal hari yang sama atau keesokan hari boleh balik rumah tapi yang bersalin caesar minimum kena tahan wad 2 hari. Kalau tak kentut, tak berak haa kena tahan lagi lama.
Cakap pasal komplikasi bersalin caesar pulak boleh kena jangkitan pada luka pembedahan, pendarahan melampau, risiko darah beku yang boleh pergi ke paru-paru yang boleh menyebabkan kematian, risiko rahim pecah pada kehamilan seterusnya dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Dr Say memohon agar individu kolot itu mengubah cara pemikiran kerana ketika situasi itu perkara utama yang perlu diutamakan adalah keselamatan anak dan ibu.
Dah tu celah mananya wanita yang bersalin caesar ini tak layak bergelar ibu kalau bersalin caesar lagi banyak risiko dan komplikasinya? Tolonglah ubah pemikiran kebelakang ni. Yang penting keselamatan dan kesejahteraan anak dan ibu itu.
Sumber: Instagram @say_shazril