Pelakon Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Pengumuman jantina bayi telah dikongsi oleh pasangan ini melalui akaun Instagram masing-masing dan sudah membuat persiapan untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baharu tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: ‘Saya Dan Isteri Dah Maafkan Tapi Jangan Tulis…’ – Nabil Mahir Dedah Ayda Jebat Hampir Gugur
Artikel berkaitan: Ditegur Netizen Makan Durian Masa Pregnant, Ini Respon Ayda Jebat
Pelakon kecil molek ini turut berkongsi dirinya berhasrat memilih kaedah pembedahan bagi melahirkan anak sulung mereka. Namun, lain pula yang berlaku apabila Ayda Jebat membaca pelbagai komen mengatakan melahirkan anak secara pembedahan tidak menjadi seorang ibu yang sebenar.
Terima banyak komen netizen
Susulan itu, Ayda tampil memberi respon dengan memuat naik sebuah posting di laman Instagram di mana dirinya terima pelbagai komen yang negatif. Ujarnya, para ibu berhak memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan atau normal berpandukan beberapa faktor keselamatan bayi dan si ibu.
Assalamualaikum. First of all, terima kasih di atas semua ucapan dan doa yang dikirimkan buat saya dan baby. Saya doakan yang terbaik buat anda semua juga! Amin.
Saya baca ramai yang DM dan comment dekat few page, yang kata ‘Czer? Tak real la jadi ibu’, ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’, ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’, ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi.
To mommies yang pilih atau memang terpaksa czer atau operate atas faktor kesihatan, keselamatan baby dan anda, PLEASE don’t be shy, sad and stress.
Kita perlu sokongan, bukan cemuhan
View this post on Instagram
Ayda memohon agar netizen menghentikan segala komen negatif berhubung isu ini. Orang ramai perlu memberi sokongan kepada mana-mana ibu yang bakal melahirkan anak, bukannya melemparkan kata-kata negatif buat mereka.
Ada yang sampai rahsiakan kena czer sebab takut dan malu digelakkan dan diperlekehkan oleh ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi macam ini? Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat.
Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan. Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecil atau besar ke tak, please remember… YOU’RE STILL A MOTHER. REAL ONE. No matter what.
Sumber: Ayda Jebat