Pelakon dan usahawan, Ben Ali bersama isterinya, Nadiyah Shahab tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi mengenai hubungan mereka yang menjadi perhatian ramai tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadiyah Shahab Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Ben Ali Sedang Bergolak – ‘Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Selamanya’

‘Kami baik-baik sahaja’

Ketika ditemui OhBulan!, Nadiyah atay nama lengkapnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 31, menegaskan bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja malah tidak pernah menjejaskan kerjasama mereka dalam perniagaan.

Saya rasa kami baik-baik sahaja. Sama ada kami bersama atau tidak, sinergi dan chemistry tu tetap ada. Kami sentiasa rapat dan tak ada masalah pun untuk bekerja bersama.’

Jangan risau, apa pun status, kami tetap okay. Bersama atau tidak, kami tetap bahagia.

Nadiyah berkata demikian ketika ditemui di sidang media pra pelancaran Absolut Bazar X Festival Gaya Raya di Petaling Jaya, pada Khamis.

‘Saya dan Nadiyah tak boleh berpisah’

Sementara itu, Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 32, mengakui memahami kebimbangan netizen namun meminta semua pihak agar tidak terlalu risau mengenai hal rumah tangga mereka.

Malah dia menyerahkan kepada netizen untuk menilai status sebenar rumah tangga mereka.

Saya dan Nadiyah tak boleh berpisah pun, sebab sebelum berkahwin pun kami kawan baik. Kami hari-hari berhubung dan berjumpa macam biasa.

Absolut ni kami berdua, kalau salah sorang tu tak ada maka tak adalah Absolut. Sebab tu kena ada dua-dua. Bila tak ada Absolut tu, tak adalah kami berdua.

Mengulas lanjut, pasangan ini juga tidak menolak kemungkinan orang ramai akan mengetahui status sebenar mereka kelak.

Mungkin dalam beberapa tahun lagi, korang akan tahu.

Andai kata kalau korang nampak Ben atau saya dengan orang lain, maka itulah (cerai). Andai kami tidak bersama, tapi akan tetap rapat. Orang baru (pasangan) kena terima.

Sebelum ini, timbul gosip pergolakan rumah tangga Ben dan Nadiyah apabila mereka tidak meraikan Aidilfitri bersama pada Mac lalu. 

Bagaimanapun, pasangan itu menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan mereka masih bersama.

Untuk rekod, Ben mendirikan rumah tangga dengan Nadiyah pada 10 November 2018 di The Ballroom at East Coast, Singapura.