berita

Hulurkan Tangan Ringankan Beban, Bersamamu 2018 Bantu Mereka Yang Memerlukan

November 13th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Program Bersamamu merupakan sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk amal TV3 yang memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Program tersebut membawa penonton untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa dan kurang berkemampuan dalam meneruskan hidup.

Ingat lagi salah satu episod terawal program itu sekitar tahun 2005 bagaimana sebuah keluarga yang daif terpaksa menjadikan siput babi sebagai menu utama mereka? Menerusi rancangan ini, kesukaran hidup mereka yang tidak berkemampuan dapat dipertontonkan kepada masyarakat agar kita sama-sama dapat menghulurkan bantuan.

Musim baru

Kembali dengan musim baru, program realiti amal ini masih meneruskan konsep yang sama iaitu untuk meringankan beban mereka yang kesusahan, sama ada dari segi kewangan mahupun hal lain seperti biaya pengajian, rawatan perubatan ataupun tempat penginapan.

Bersamamu bersiaran setiap hari Ahad, jam 6.30 petang di TV3. Penonton juga boleh menonton rancangan ini menerusi laman Youtube TV3. Orang ramai yang mahu meringankan beban insan-insan kurang berkemampuan ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank ‘Media Prima – NSTP Humanitarian Fund’, nombor akaun 514105323170. Segala bantuan akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×