berita

Bertemakan Malaysia Madani: ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, Ini Antara Iklan Terbaik Merdeka 2023!

August 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tak lengkap rasanya perayaan dan hari bersejarah di negara kita diraikan tanpa iklan-iklan menarik. Tahun ini, sempena Hari Kemerdekaan yang ke-66, OhBulan! ingin kongsikan 10 iklan yang menyentuh perihal perpaduan kaum dan membangkitkan semangat patriotisme. Jom saksikan!

Ayuh kita raikan keindahan kepelbagaian sempena Bulan Kebangsaan bersama Video Muzik dengan Janaan AI, AIDENTITI™? KITA yang menampilkan MK K-Clique, Suki Low & Balan Kash!

‘Di sini mulanya perjalanan Kak Ngah Patin’ mengisahkan pengorbanan abah dan emak yang sanggup membanting tulang empat kerat untuk menampung kehidupan mereka. Kak Ngah Patin memilih merahsiakan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya.

Dia tidak ingin menambah beban keluarganya kerana dia tahu kos untuk membiayai pendidikan agak mahal walaupun itulah impiannya sejak kecil lagi. Namun, abah dan emak telah membuktikan bahawa walaupun mereka hidup dalam keadaan yang sederhana, dengan adanya perancangan dan usaha yang bijak, pendidikan tetap boleh dikejar dan dicapai.

Perasaanya bercampur-baur antara syukur, terharu, dan rasa bangga pada keluarganya yang telah memberikan segala yang mereka mampu untuk membantunya mencapai mimpinya.

Rai

Berlatarbelakangkan tahun 1986, filem ini mengisahkan Amri dan sahabatnya, Maniam yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berkerja di PETRONAS. Cinta berputik apabila Amri bertentang mata dengan Su Lin, salah seorang penari konsert bersejarah Sudirman di Chow Kit. Satu kejadian telah berlaku dan mengubah rencana, namun menyatukan mereka semua. Saksikan ‘Rai’, kisah perpaduan dalam persahabatan, istimewa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini.

Lihatlahlah dunia melangkaui warna yang mencetus perbezaan, demi menikmati kemajuan dan perpaduan.

Di Hatiku Takaful Malaysia

Raikan Merdeka tahun ini dengan penuh rasa bangga dan bersyukur di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang sentiasa berjiwa besar dan baik hati dalam membantu satu sama lain. Inilah Malaysia!

Dapur adalah ibarat medan untuk bertempur. Sama ada di rumah, gerai kecil atau restoran, rakyat Malaysia kental mempertaruhkan masa, kudrat dan skil yang mereka ada demi menghidangkan air tangan terbaik, yang digaul sebati dari hati.

Pengorbanan mereka mungkin tidak begitu terasa, namun mereka inilah sebenarnya yang menjadikan kita kaya dengan kepelbagaian rasa. Merekalah hero yang ada di sekeliling kita, sanggup bergelut menahan bahang membara tanpa berputus asa. Perjuangan mereka ini telah menginspirasikan SAJI untuk memberi penghargaan istimewa sambil meraikan hero-hero masakan kita melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia dengan bertemakan ‘Perajurit Dapur’.

Tanpa ‘PERTAMA’, takkan mungkin kita mengecapi apa yang dirasai hari ini. Dari ‘PERTAMA’ jugalah, kita melihat pelbagai kejayaan tercipta

Selamat Hari Merdeka ke-66 daripada OHBULAN!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×