![]()
Antara punca pendapatan negara adalah pelancongan. Tidak hairanlah pihak kerajaan membuat pelaburan yang besar untuk menyediakan kemudahan terbaik bagi menyambut kedatangan pelancong ke negara ini.
Antara elemen penting adalah pengenalan logo bagi mewakili Malaysia dalam mana-mana saluran yang digunakan untuk pengiklanan. Namun, pengenalan logo bagi tahun melawat Malaysia 2020 ternyata mengundang reaksi negatif netizen.
Dilancarkan di Chiang Mai, Thailand
![]()
Logo Visit Malaysia Year 2020 itu telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Chiang Mai, Jumaat lalu.
Namun, setelah dirasmikan kepada umum, ternyata ramai yang tidak berpuas hati dengan kualiti logo berkenaan. Tidak hanya elemen rekaan logo berkenaan dihentam, malahan slogan ‘ Travel. Enjoy. Respect’ turut menjadi pertikaian.
Bahan lawak untuk 2 tahun
![]()
Sepatut buat contest pilih yang terbaik
![]()
Harap mereka terlibat tergeliat tangan
![]()
Banyak soalan nak tanya
![]()
Menangis abang designer
![]()
Boleh gelak seminggu
![]()
Bukan kali pertama logo dihentam
![]()
Ini bukanlah kali pertama rekaan logo untuk mempromosikan tempat pelancongan teruk dihentam netizen. Pada tahun 2016, logo Kuala Lumpur turut dikecam kerana dilihat terlalu ringkas dan dibuat menggunakan ciri Word Art sahaja.
Sumber: Twitter








