berita

‘Besar Macam Mana Pun Kalau Jodoh Tak Sampai…’ – Khai Bahar

October 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Khai Bahar menjadi tumpuan netizen gara-gara bentuk badannya yang kelihatan semakin sado.

Artikel Berkaitan: Khai Bahar ‘Belanja’ Foto Badan Berotot, Netizen Mohon Jangan Sado Sangat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gugur Air Mata Jantan Khai Bahar – ‘Saya Nak Mak Sihat’

Perubahan paling ketara

Bagi peminat yang mengikuti perkembangan Khai Bahar dalam media sosial, pasti perasan perubahan pada bentuk tubuhnya terutama di bahagian lengan yang tampak berurat dan ‘berketul-ketul’.

Berikutan daripada itu, media sosial Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dibanjiri komen netizen. Menurut netizen, Khai sengaja ‘belanja’ tubuhnya untuk tatapan ramai.

Saya tidak berniat menayang ‘aset’ seperti didakwa, sebaliknya sekadar mahu meraikan kejayaan selepas berhempas pulas mendapatkan tubuh idaman. Bukan mudah mendapatkan tubuh seperti ini. Saya berulang alik ke gimnasium sejak lapan bulan lalu.

Dalam seminggu, saya hanya berehat sehari dan untuk satu sesi latihan, saya peruntukan masa dua jam. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Saya juga tidak ambil bahan terlarang untuk ubah bentuk badan. Sebaliknya, saya guna khidmat jurulatih peribadi. Selain regim senaman agak ketat, saya amalkan pemakanan sihat dan ambil minuman protein.

Disoal mengenai teman wanita, Khai Bahar berkata tiada sesiapa yang mendekati dirinya buat masa ini.

Ada orang cakap bila badan dah cantik senang nak tarik perhatian perempuan. Tapi bagi saya besar macam mana pun kalau jodoh tak sampai, tak ada juga.

Akhir temu bual bersama Melodi, Khai berharap perubahan bentuk badannya itu dapat memberi inspirasi kepada lelaki di luar sana yang teringin buat badan.

Tujuan saya muat naik foto menampakkan bahagian berotot bukanlah sengaja nak ‘belanja’, tetapi sekadar meraikan kejayaan. Manalah tahu ia juga boleh memberi inspirasi kepada lelaki yang teringin hendak buat badan. Saya dapat inspirasi daripada kawan-kawan.

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×