berita

Best Ke Main PUBG Sampai Lupa Kawan?

January 17th, 2019 | by Ash Nordin
Kini Trending

Sekarang ni kalau pergi restoran atau kedai mamak je mesti ada banyak group duduk satu meja main permainan mobile game Player Unknown Battlegrounds atau lebih dikenali dengan panggilan PUBG. Mereka juga sanggup berhabis selama berjam-jam demi ingin menyelesaikan misi dan objektif permainan tersebut.

Untuk pengetahuan anda ,ramai juga artis Malaysia yang layan permainan ini. Best sangat ke sampai jadi fenomena satu dunia? Tak bosan ke luangkan masa selama tujuh jam menghadap phone main game ni?

Apa yang best sangat?

Dua individu diatas menceritakan pengalaman bagaimana mereka bermula main permainan mobile PUBG, yang kini menjadi fenomena dikalangan kaki gamers. Jadi kepada anda di luar sana, ada rasa macam nak main PUBG tak lepas dengar penjelasan mereka mengenai game ni?

Jangan lupa subscribe saluran Youtube Ohbulan untuk saksikan lebih banyak video-video menarik kami!