berita

NoizuCon 2023 Himpunkan Peminat Anime & ‘Gamer’ Di KLCC, Jangka Lebih 10,000 Pengunjung

September 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

NOIZUCON 2023

NoizuCon tahun ini menghimpunkan lebih 100 pencipta kandungan dari seluruh dunia termasuk penstriman Jepun kegemaran ramai iaitu SEA, Xiinya dan bintang cosplay, Yuji Koi.

Acara ini merangkumi pertandingan cosplay, kejohanan e-sukan dan pelbagai aktiviti menarik dengan kerjasama Festival Pencipta Digital Malaysia (MYDCF) oleh MDEC, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 29 September hingga 1 Oktober 2023.

Bukan sekadar animasi & ‘game’

NOIZUCON 2023

NoizuCon menyediakan acara seperti LevelUp KL, SEA Game Awards, dan Kre8tif serta membawakan barisan pameran yang serba hebat termasuk Monsta, Warnakala Studios, Animasia, RAWR Pictures dan PlayStation Studios.

Sepanjang acara ini berlangsung, pengunjung dapat merasakan pengalaman trend permainan terkini dengan teknologi canggih serta membuka peluang kepada pemain industri.

Selain itu, pengunjung juga boleh beramah mesra bersama pencipta kandungan yang termuka seperti Mechamato Movie, Les Copaque Production, Warnakala Studios dan banyak lagi. 

Paling menarik adalah seramai lebih 10,000 pengunjung yang bakal hadir berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah dengan tawaran hadiah sebanyak RM250,000 selain terdapat dua pertandingan cosplay iaitu World Cosplay Summit dan CureCosplay Runway. Pemenang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Nagoya dan Chiba, Jepun.

Dalam masa yang sama, NoizuCon 2023 juga bakal menyajikan konsert rock pada hari Jumaat dan acara penutup yang spektakuler pada hari Ahad iaitu persembahan orkestra oleh RFBxOrchestra termasuk persembahan tribute untuk siri animasi terkenal, Attack on Titan.

Pastikan anda mengunjungi team Tonton di ‘booth’ Animax + GEM (B04) yang menyediakan pelbagai aktiviti serta kejutan yang menyeronokkan!

Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut barangan edisi terhad termasuk pad tetikus NoizuCon 2023 yang eksklusif!

Dapatkan tiket anda di sini dan ikuti berita terkini di Tonton dengan menggunakan hashtag #Tonton, #NoizuCon2023, #Animax dan #GEM serta lawati media sosial Facebook atau Instagram Tonton.

SKIP THIS AD ×