
Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ujian Begini Buka Mata Kita, Siapa Sahabat Yang Sebenar’ – Umie Aida Titip Kata-Kata Semangat Buat Betty Rahmad
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Betty Rahmad Biadap, Tuntut Permohonan Maaf Segera – ‘Tahun Lepas Kakak Kau, Tahun Ini Kau Pula’
Tindakan undang-undang

Menerusi hantaran di Threads, Betty, 44, berkata dia tidak lagi boleh berdiam diri memandangkan dakwaan yang tular terus menjadi bualan ramai walaupun penjelasan telah diberikan sebelum ini.
Dah lebih seminggu perkara ini dibiarkan. Namun semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan tidak berasas.
Diam tak bermaksud saya merelakan diri dipijak. Demi menjaga maruah diri dan agama, saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.
Dalam perkongsian sama, Betty turut memuat naik gambar bersama peguam yang mengendalikan kes berkenaan.
Pada masa sama, adik kepada Erma Fatima itu turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menokok tambah cerita atau menyebarkan dakwaan yang tidak benar mengenai dirinya.
Kepada mana-mana pihak yang menokok tambah atau menyebarkan fitnah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terdahulu, tular sebuah video dimuat naik oleh seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Betty yang didakwa meninggikan suara ketika mereka terlibat dalam sebuah festival jualan di Singapura.
Bagaimanapun, Betty sebelum ini telah menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa insiden yang berlaku hanyalah salah faham, bukannya seperti yang digambarkan oleh usahawan tersebut.
Sumber: Threads








