berita

Betul Ke Neelofa, PU Riz Nikah Hujung Minggu Ini?

March 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai dakwaan Neelofa dan PU Riz bakal menamatkan zaman bujang mereka pada hujung minggu ini. Antara tarikh yang hangat diperkatakan adalah antara 25 hingga 27 Mac ini.

Belek samping songket

Menerusi laporan Harian Metro, sehingga kini tiada bukti kukuh berhubung tarikh bahagia yang disebut-sebutkan mengenai majlis perkahwinan pasangan tersebut. Menerusi Instagram Lofa Page, PU Riz kelihatan sedang membelek samping songket yang dipercayai bakal dipakai untuk majlis bersejarah tersebut. Namun begitu, video tersebut telah dipadam beberapa jam selepas itu.

Di samping itu, rata-rata peminat Neelofa dan PU Riz mula memuat naik foto dan video pasangan tersebut di media sosial sambil meletakkan tanda pagar #NLFH. Mereka turut mendoakan urusan pasangan tersebut dipermudahkan.

Nafi sudah kahwin

Terdahulu, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran. Oleh itu, netizen mendakwa yang majlis Neelofa bakal menyusul minggu ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×