berita

‘Biar Mereka Tanggung Dosa & Akibatnya’ – Sophia Albarakbah

January 4th, 2024 | by Alia
Kini Trending

prinsip sophia

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah kekal tenang menjalani kehidupan meskipun sering kali dilanda kontroversi panas.

Artikel Berkaitan: ‘Sophia Wanita Lemah Lembut, Mungkin Lelaki Ingat Dia Suka Pada Mereka’ – Shahz Jaszle

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Menjadi Satu Masalah Kami Berada Di Tempat Sama’ – Sophia Albarakbah

Prinsip Sophia

prinsip sophia

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Sophia menjawab soalan pengikutnya yang bertanyakan bagaimana dia kekal tenang walaupun dihujani dengan pelbagai tomahan.

Menurut aktres berusia 30 tahun, dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap netizen yang melemparkan komen negatif.

Saya hidup dengan prinsip bahawa apa sahaja perkara buruk yang mereka katakan, fikirkan atau lakukan terhadap saya, itu semua atas mereka (biarkan mereka menanggung dosa dan hadapi akibatnya) dan saya tak perlu membalas dendam. Mereka tidak mengenali saya atau mengetahui kisah saya tetapi memilih untuk bertindak seperti itu.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini juga berkata sebagai seorang manusia dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

Saya percaya kepada kuasa Allah yang lebih besar. Jadi selagi saya menjaga hubungan saya dengan tuhan, tuhan pasti akan membantu saya. Dia mengenali saya lebih daripada sesiapa pun.

Biar orang buat kita, kita jangan buat orang.

Sebelum ini, Sophia pernah dikaitkan dengan isu cinta lokasi sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan mendapat perhatian ramai.

Sumber: Instagram Sophia Albarakbah

SKIP THIS AD ×