berita

‘Sophia Wanita Lemah Lembut, Mungkin Lelaki Ingat Dia Suka Pada Mereka’ – Shahz Jaszle

October 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

shahz sophia

Pelakon, Shahz Jaszle meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat segelintir warganet yang menggelar aktres, Sophia Albarakbah sebagai ‘penyondol’.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Mimpi Shila Tidak Ada Kena Mengena Dengan Saya, Hebat Netizen!’ – Sophia Albarakbah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Menjadi Satu Masalah Kami Berada Di Tempat Sama’ – Sophia Albarakbah

Nasihat kepada Sophia

shahz sophia

Memetik laporan Harian Metro, Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin berkata Sophia ada meminta nasihat daripada dia dan isteri ketika aktres itu dihimpit dengan pelbagai spekulasi berhubung isu rumah tangga selebriti.

Dia agak sedih dan pernah hubungi saya dan isteri kerana orang tuduh dia itu ini. Saya ada nasihati dia dan minta dia supaya tak layan benda itu.

Pada saya sekiranya tak buat, dia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki padanya sebab dia cantik. Tapi saya tahu dia kuat dan dia kerja keras untuk kerjayanya.

Dalam pada itu, Shahz yang pernah bergandingan bersama Sophia menerusi drama Cinta Hilang Kata mengakui bahawa mereka berdua tidak pernah berdepan dengan sebarang isu walaupun aktor tersebut berstatus suami orang.

Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah bekerjasama dengan Sophia. Saya tiada sebarang masalah dengan dia pun walau sudah berkahwin.

Sementara itu, aktor berusia 35 tahun tersebut berkata setiap pelakon perlu bersikap profesional ketika menjayakan sesebuah naskah selain perlu menjaga batas pergaulan.

Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.

Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi kita sendiri kenalah kuat dan tahu status dan di mana kita berada.

Sophia wanita yang lemah lembut, kelembutan dia itu memang boleh buat orang salah sangka. Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka pada mereka tapi sebenarnya memang sikap dia begitu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×