Foto: Prof Muhaya
Pakar bedah mata dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menerima kecaman yang hebat daripada netizen susulan perkongsiannya menerusi satu video mengenai satu tajuk mengapa wanita lambat dapat jodoh.
Artikel Berkaitan: Minta Pesakit ‘Anxiety’ Henti Makan Ubat, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf
Lelaki suka wanita lembut
Foto: Prof Muhaya
Prof Muhaya menerusi video tersebut menjelaskan seseorang wanita itu tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebih daripada kaum lelaki.
Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam mana kat office, kalau kat ofice kita ada seorang pekerja am, seorang CEO perempuan, bila berimam siapa depan? Masih yang laki-laki.
So orang perempuan, walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki. Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambatlah jodoh.
Ujarnya lagi, kaum lelaki lebih ‘suka’ terhadap wanita yang lemah lembut dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada mereka. Bagaimanapun, sehingga kini tiada respon terkini yang dikeluarkan oleh Prof Muhaya susulan perkongsiannya yang dikecam hebat oleh warganet.
Siapa tinggi testostorane, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana.
Video penuh:
weh wtf is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin?????? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse??? pic.twitter.com/rJiI1dXcYP
— mouse (@emptyshadoww) June 8, 2021
Respon netizen
Menjengah ke ruangan balas video tersebut, rata-rata netizen berpendapat mungkin ramai yang ‘tersalah’ faham akan maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh Prof Muhaya.
Ujar netizen lagi, maksud utama yang cuba disampaikan adalah seseorang wanita itu perlu merendah diri dalam pelbagai aspek dan menghormati suami sendiri.
Sumber: Twitter