Malang tidak berbau. Itu peribahasa yang sesuai untuk pelakon Harris Annuar selepas digigit tebuan tanah pada awal pagi tadi ketika dia berada di Ipoh, Perak.
Tebuan hinggap dekat tuala
Ketika dihubungi OhBulan!, Harris, 28, menyatakan kejadian malang itu berlaku ketika dia sedang mandi. Menurut pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar, dia tidak perasan serangga yang boleh membawa maut itu telah hinggap di tuala miliknya.
Saya tak perasan masa mandi. Tebuan itu hinggap kat tuala. Lepas dah mandi, saya capai tuala untuk lap muka. Masa tu tebuan dah terperangkap.. terus sengat mulut saya. Ini bukan filter ya, ini betul-betul.
Tekanan darah rendah
View this post on Instagram
Tambah bekas peserta rancangan realiti Hero Remaja, dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta. Katanya lagi, kondisi dia sekarang ini makin pulih malah bengkak di bibir sudah mula surut.
Saya tengah warded sekarang ini. Doktor tengah check sebab tadi tekanan darah saya rendah. Itu yang doktor risau. Saya sekarang di tahap dua alergik, nasib bukan tiga sebab itu dah bahaya.
Alhamdulillah bengkak pun surut sikit. Keadaan saya pun okey.
Dalam pada itu, ruangan hantaran di Instagram (IG) Harris dipenuhi dengan komen daripada rakan artis dan peminat yang mendoakan kesembuhan dirinya.
Sumber: Instagram @harrisannuar