
Pelawak yang juga anggota Senario, Lan Pet Pet tampil menjelaskan ketiadaan salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Pak Ya sebagai duta jenama gedung tekstil terkenal, Jakel bagi kempen raya 2026.
Artikel Berkaitan: Kesihatan Jadi Cabaran, Ilya Buang Tidak Berkecil Hati Jika Senario Buat Persembahan Tanpa Dirinya
Keputusb big bos

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 56, berkata, keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan pihak pengurusan tertinggi Jakel sebelum dipersetujui oleh semua anggota Senario yang terlibat.
Big boss Jakel ada 11 adik-beradik. Selepas mereka semua berbincang akhirnya capai kata sepakat, mereka mahu Senario yang original iaitu lima anggota asal (Lan, Azlee, Apek, Yasin dan Wahid).
Sebelum tandatangan kontrak, kami antara Senario pun ada berbincang. Kami yang ahli asal pergi jumpa Pak Ya dan perjelaskan perkara sebenar. Dakwaan singkirkan Pak Ya tidak benar.
Lan berkata demikian ketika ditemui di acara ‘meet and greet’ bersama Senario, Cik Epal dan Ammar di Jakel Melaka, pada Sabtu.
Menurut Lan lagi, perkara itu telah dijelaskan secara baik kepada Pak Ya bagi mengelakkan sebarang salah faham, apatah lagi isu berkenaan turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.
Lan berharap penjelasan yang diberikan dapat meredakan kekeliruan serta menamatkan spekulasi yang berlegar, selain menegaskan hubungan antara semua anggota Senario kekal baik dan profesional.
Sementara itu, seorang lagi anggota Senario, Wahid, turut memberi penjelasan dengan mendedahkan situasi sebenar melibatkan penyertaan Pak Ya dalam kempen raya sebelum ini.
Cerita sebenar adalah untuk tahun 2025 punya kempen pun tiada nama Pak Ya pada asalnya. Namun dia telah menggantikan tempat salah seorang anggota kami iaitu Yasin yang tiada atas sebab tertentu.
Kebetulan rezeki Pak Ya, Apek juga yang cadangkan nama Pak Ya untuk menggantikan tempat Yasin. Kontrak untuk kempen 2025 asalnya memang tiada nama Pak Ya.
Terdahulu, anggota Senario yang terlibat dalam kempen raya Jakel 2025 ialah Lan Pet Pet, Azlee, Wahid, Saiful Apek dan Pak Ya.
Bagaimanapun, bagi kempen raya 2026, tempat Pak Ya digantikan oleh Yasin selaku salah seorang anggota asal Senario, sekali gus mencetuskan pelbagai tanda tanya dan dakwaan kononnya Pak Ya telah ‘disingkirkan’.




![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)

