berita

Bil Elektrik Tinggi? Kini Pengguna Boleh Buat Semakan Bil Di Kedai Tenaga Berhampiran!

May 29th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Baru-baru ini, media sosial dibanjiri dengan luahan segelintir netizen yang menyatakan rasa tak puas hati terhadap isu bil elektrik melambung tinggi selepas pemasangan Smart Meter di premis kediaman mereka di Melaka. Rata-rata netizen memuat naik gambar bil elektrik terkini yang menunjukkan perubahan ketara pada jumlah bil berbanding beberapa bulan yang sebelumnya.

Selaras dengan isu itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil tindakan segera dengan membuat semakan terhadap aduan yang diterima merangkumi pengguna di Melaka dan seluruh Malaysia.

Jangan risau, Smart Meter di Melaka tepat

Bagi penduduk di Melaka, korang jangan risau sebab pihak TNB dalam kenyataan rasmi mereka dah sahkan bahawa meter pintar atau Smart Meter yang dipasang di Melaka mencatatkan bacaan yang tepat dan bukan penyebab kenaikan bil.

Admin difahamkan, semakan oleh TNB mendapati ia berpunca dari kesilapan semasa pemasangan meter iaitu meter terdahulu yang tak lagi efisien dan tak lagi merekodkan bacaan yang tepat. Selain itu, usikan pada meter lama dan faktor-faktor berkaitan pembilan turut menjadi punca.

Smart meter lebih pintar!

Menurut TNB, pemasangan meter pintar di Melaka sebenarnya dibuat bagi membantu pelaksanaan Pelan Tindak Bandar Hijau (GCAP) kerajaan negeri, selaras wawasan dan aspirasi negeri berkenaan untuk mencapai status negeri maju.

Meter pintar berupaya memberi maklumat mengenai profil penggunaan elektrik, sekali gus membolehkan pengguna merancang dan mengubah tabiat penggunaan elektrik mengikut keperluan masing-masing. Haa… nampaknya Smart Meter memang lebih pintar!

Semak bil elektrik di Hari Bersama Pelanggan, TNB Banda Kaba

Bagi korang yang masih resah dengan masalah ini, pihak TNB mengalu-alukan pengguna untuk segera berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan mereka bagi menyelesaikan masalah berkaitan meter pintar di pejabat TNB Jalan Banda Kaba, Melaka.

Dekat sana, korang boleh buat semakan bil serta membuat aduan terhadap kenaikan bil tersebut dan pihak TNB bersedia untuk memberikan maklumat serta langkah penyelesaian termasuk mengkreditkan lebihan bayaran dalam bil jika lebihan caj berlaku.

Hari Bersama Pelanggan

Lokasi : Pejabat TNB Jalan Banda Kaba, Melaka
Tarikh : 28 Mei – 31 Mei 2019
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang

Kunjungi Kedai Tenaga yang berhampiran untuk sebarang aduan

Bukan setakat pengguna di Melaka sahaja tau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memantau perbualan di media sosial, terutama
yang melibatkan aduan dan rungutan pelanggan seluruh Malaysia. TNB juga telah pun mula menerima dan melayani aduan mengenai perkara yang dikemukakan secara terus di Kedai Tenaga.

Memandangkan setiap kes atau aduan perlu diteliti terlebih dahulu dan ianya turut berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, TNB memohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk berurusan terus dengan Kedai Tenaga yang berdekatan. Ini kerana data pengguna hanya boleh diakses di Kedai Tenaga. Lebih senang kan?

Paling penting, semua pegawai perkhidmatan di Kedai Tenaga sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan, memperincikan sebarang kemusykilan dan membantu menyelesaikan permasalahan pengguna. Korang juga dinasihatkan supaya membawa bil masing-masing untuk memudahkan urusan semakan dekat sana nanti.

Bagi korang yang tak berkesempatan nak ke Kedai Tenaga, korang juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan pembilan dengan menghubungi pegawai khidmat pelanggan TNB di talian 1300-88-5454.

SKIP THIS AD ×