berita

‘Bila Anak Sudah Berkahwin & Ada Kehidupan Sendiri, Jangan Sesekali Campur Tangan Kerana..’

July 11th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kemelut rumahtangga Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu semalam. Ramai yang meluahkan rasa sedih melihat suasana pilu di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.

Paling menyedihkan apabila Mawar menyatakan sanggup mengorbankan kasih sayang demi kebahagiaan keluarga Fizo. Di Facebook, seorang wanita memberi panduan rumahtangga supaya menjadi pegangan semua.

Siapalah yang impikan penceraian

Hari ini, Fara sedih sangat dan terkesan dengan berita perpisahan Fizo Omar dan Mawar Karim.

Dari awal tahu berita ini lagi, ramai mendoakan agar terus strong tapi apakan daya, setiap orang ada limit kesabaran masing-masing. Siapalah yang impikan penceraian. Tengok video semua mata berkaca tetapi terpaksa juga senyum.

Penceraian akan memberikan kesan besar buat anak-anak. Bukan soal harta, ego atau orang ketiga tetapi…

Dua-dua mereka ini personally bagi Fara adalah orang yang sangat baik. Beradab, sopan dan humble walaupun masing-masing ada harta.

Kalau waktu jumpa abang Fizo ni, mesti sebelum buat kerja apa-apa, dia akan dahulukan solat. Gigih siang malam usaha cari duit. Walaupun sebusy mana, dan tak pernah berkira kalau nak tolong orang walaupun kita ni nobody saja.

Panduan rumahtangga

Fara nak share nasihat Syeikh yang sering menjadi panduan dan pegangan Fara.

1. Bila anak-anak sudah besar dan dewasa, berikan mereka ruang dan kebebasan. Kita sebagai parents hanya boleh bagi nasihat tapi bukan memaksa tak tentu pasal.

2. Jika anak-anak melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidup, support mereka dan biarkan mereka ambil tanggungjawab dan bangun balik, belajar dari kejatuhan diri sendiri. Dengan cara ini mereka jadi independent. Seperti ketika kecil kita biarkan anak jatuh ketika ingin berdiri dan bangun sendiri, hanya dengan cara ini mereka mampu berjalan sendiri.

3. Hidup dan pilihan anak-anak yang sudah dewasa, kita sebagai parents tak seharusnya nak tentukan apa-apa, biarlah mereka dengan haluan masing-masing. Asalkan tidak bertentangan dengan agama.

4. Bila anak sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, jangan sesekali campur tangan dalam rumahtangga mereka kerana itu boleh berakhir dengan penceraian.

5. Apa yang elok bagi kita, tak semestinya elok bagi anak-anak. Apa yang berlaku pada kita, jangan dipaksakan pada zaman anak-anak. Hidup mereka biarlah mereka yang pilih. Zaman sudah berubah, cara pun sudah berubah.

6. Jangan dihimpit, jangan dipaksa, jangan main mainan emosi kerana tiada yang menderita melainkan anak-anak jua.

Moga Allah memberikan hikmah dan kebaikan kepada pasangan ini dan kesabaran untuk sembuh. Allah jualah yang menentukan segalanya untuk kita.

#SemogaAllahMemberikanSabar
#SYARIFAHFURAIHA

Sumber : Nur Liyana Farahin