berita

‘Bila Artis Malaysia Jadi Netizen Kecam Kumpulan The 1975..’

July 25th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui, kumpulan muzik British iaitu The 1975 telah disenarai hitam daripada membuat sebarang persembahan di Malaysia.

Artikel Berkaitan: ‘The 1975 Contoh Terbaik Kebodohan’ – Sheila Majid

Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Diundang Maka Itulah Yang Dapat’ – Matty Healy Tuding Salah Dekat Penganjur

Artis selar tindakan The 1975

The 1975

Keputusan tersebut dibuat selepas kumpulan itu mencetuskan kontroversi apabila vokalisnya, Matty Healy melakukan aksi tidak senonoh dengan bercium (kaum sejenis) dengan pemain bass kumpulan tersebut iaitu Ross McDonalds di atas pentas ketika membuat persembahan di Good Vibes Festival di Sepang, Jumaat lalu.

Susulan daripada itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan biadab kumpulan berkenaan yang menghina, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia.

Tidak ketinggalan, artis tempatan seperti Nadia Brian, Izzue Islam, Niezam Zaidi dan ramai lagi menyelar tindakan tersebut dengan meninggalkan komen di Instagram kumpulan The 1975.

‘Bila artis Malaysia jadi netizen’

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×