berita

‘Bila Kami Tak Post Cakap Kami Gaduh, Bertebaran Fitnah!’ – Bella Astillah

January 12th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Bella Astillah terpanggil untuk melakukan satu posting berhubung ‘headline’ dan artikel yang berbaur fitnah terhadap hubungannya dengan suami, Aliff Aziz.

Artikel berkaitan: Viral Video Aliff Aziz Sedang Berhibur Di Kelab Malam, Shahidan Izwan Tampil Dedah Perkara Sebenar

Artikel berkaitan : Dikatakan Semakin Seksi, Bella Astillah Akui Kesilapan Sendiri – ‘Aliff Banyak Bagi Nasihat Tapi Tak Letakkan Syarat’

Artikel berkaitan : ‘Ingat Peluk Saja-Saja Ke, Dah Tak Ada Kerja Sangat Ke’ – Intan Najuwa Beri Respon Isu Video Mesra Dengan Aliff Aziz

Artikel berkaitan : Peminat Cari Pasal Petik Nama Afifah Nasir, Bella Astillah Tenang Minta Netizen ‘Move On’

Bila tak post cakap gaduh

Menurut Bella, selama ini dia tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana blogger berikutan hubungannya dengan Aliff. Tambah Bella, kenyataannya pada tahun 2019 diambil semula dan disunting seolah-olah ianya kenyataan yang baru.

Assalammualaikum, lama kami berdiam diri. Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh.

Ujar Bella lagi, fitnah yang dilemparkan itu sedikit sebanyak menganggu kerja mereka.

Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini. Saya sertakan dengan contoh.

Di samping itu, Bella memberitahu video yang viral beberapa hari lalu merupakan video keadaan matanya yang pedih selepas membuang ‘contact lens’.

Tapi video tu di ambil dan dijadikan thumbnail, diletakkan headline sebegitu dan disebarkan. Terakhir sekali, kami mohon jasa baik semua henti kan lah spekulasi. Kerana kami juga punya keluarga di sabah/singapore dan sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soal ini.

Sumber: Bella Astillah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×