
Setiap kali Ramadan menjelma, umat Islam giat menambahkan amal ibadah untuk mengejar keberkatan dan keredaan Allah SWT, terutama pada malam-malam Lailatulqadar yang penuh rahmat.
Artikel Berkaitan: Ustaz Lah Beri Peringatan Awal Rebut Lailatul Qadar – ‘Malam Ini Malam Pertama Ramadan Ganjil’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Lah Kongsi 4 Amalan Terbaik Yang Boleh Dilaksanakan Pada Hari Jumaat Di Bulan Ramadan
Petanda lailatul qadar

Bagaimanapun, apakah petanda-petanda malam Lailatulqadar yang disebut oleh para ulama?
Memetik Mufti Wilayah Persekutuan, sebahagian ulama menjelaskan bahawa ada beberapa petanda malam Lailatulqadar yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah SWT setiap tahun semasa Ramadan.
Perkara ini bersandarkan kepada pelbagai hadis serta pengkhabaran daripada orang-orang soleh dan riwayat mereka yang membincangkan tentang tanda-tanda tersebut, antaranya:
- Berlaku pada malam sepuluh terakhir dalam bulan Ramadan
- Berlaku pada malam yang ganjil dalam bulan Ramadan
- Malam tersebut tenang dan terang serta tidak panas pada keesokkan paginya
- Matahari terbit tidak terang dan tidak panas
- Air masin (laut) bertukar menjadi tawar
Doa ketika berjumpa Lailatulqadar

Terdapat hadis yang menceritakan tentang doa yang dianjurkan untuk dibaca pada Lailatulqadar seperti yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو؟ قَالَ: تَقُولِينَ: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Aisyah RA meriwayatkan, beliau bertanya Nabi SAW bersabda: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Riwayat Ibn Majah (3850)
Imam al-Nawawi menukilkan pendapat para ulama kami(mazhab Syafi’i) mengatakan bahawa sunat memperbanyakkan membaca doa ini pada Lailatulqadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Qur’an, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia.
(Rujuk: Al-Azkar, 317)
Sumber: Mufti WP








