Pendakwah bebas dan pempengaruh, Ustaz Lah menegaskan bahawa hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadan adalah hari penuh keberkatan yang menggandakan ganjaran setiap amalan baik di sisi Allah S.W.T.

Artikel Berkaitan: PU Rahmat Kongsi Tip Khatam Quran Dalam Bulan Ramadan – ‘Bahagikan 4 Muka Surat Setiap Waktu Solat Fardhu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Latih Pekerja Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadan – ‘Siapa Tak Baca, Minta Dia Kerja Tempat Lain’

Baca al-Quran & selawat

@ustazlahofficial_ Esok Jumaat Pertama Ramadan! Tak semua orang berpeluang untuk menemuinya. Jangan leka, jangan lalai. Jumaat ada waktu mustajab doa, Ramadan pula setiap saatnya berkat. Jom perbanyakkan selawat dan tadarus. UstazLah 🌹 #ustazlahofficial #ramadan #jumaat #muslimtok #fyp ♬ original sound – UstazLahOfficial – UstazlahShop

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Lah atau nama sebenarnya Abdullah Abdol Razak menjelaskan bahawa terdapat empat amalan terbaik yang boleh diamalkan pada hari Jumaat di bulan Ramadan.

Menurutnya, antara amalan yang disarankan ialah dengan membaca al-Quran seperti membaca Surah al-Kahfi, Surah Yasin atau mana-mana surah yang selesa untuk dibaca.

Kata Ustaz Lah, amalan yang digalakkan termasuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah S.A.W.

Hari Jumaat pertama di bulan Ramadan, adalah hari yang diberkati dan bulan yang digandakan kebaikan oleh Allah.

Terdapat beberapa jenis ibadah terbaik yang boleh kita laksanakan pada hari Jumaat pertama ini.

Yang pertama, memperbanyakkan membaca al-Quran, bacalah surah al-Kahfi, surah Yasin atau apa-apa surah sahaja yang kita selesa membaca.

Amalan kedua, berselawat dan salam kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

Berdoa & bersedekah

Sehubungan itu, amalan berdoa juga amat digalakkan kerana hari Jumaat memiliki waktu mustajab, terutama sekali pada bulan Ramadan.

Tambahnya, amalan bersedekah sangat disarankan kerana bulan Ramadan, khususnya pada hari Jumaat, merupakan salah satu waktu terbaik untuk melaksanakannya.

Jom banyakkan berdoa, kerana hari Jumaat ada waktu-waktu yang mustajab di sisi Allah.

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Amalan terakhir, ialah bersedekah walaupun hanya dengan nilai yang kecil.

Waktu terbaik untuk bersedekah adalah di bulan Ramadan kerana gandaannya pada hari Jumaat.

Sumber: TikTok Ustaz Lah