Sebelum ini, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat berikutan gagal menghadirkan diri ke prosiding sebutan semula kes atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam satu majlis agama. Sejak dari itu, Sajat didakwa menunjukkan provokasi dengan menghilangkan diri dari dijejaki pihak berkuasa dan mengeluarkan kenyataan berniat untuk keluar dari agama Islam.
Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Tak Nak Jadi Orang Islam’ – Sajat
Artikel berkaitan: JAIS Gagal Kesan Muhammad Sajjat, Didakwa Sedang Bersembunyi
Terbaru, usahawan kosmetik itu muncul di IG Live dan menjawab dakwaan mengenai isu murtad serta bersembunyi daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
‘Suka hati je buat tohmahan’
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Nur Sajat muncul dengan membuat siaran langsung di platform Instagram, baru-baru ini. Menerusi siaran langsung itu, saya tampil menjawab dakwaan mengenai isu murtad, bersembunyi daripada pihak JAIS dan perkahwinan teman rapatnya iaitu Coach Yin.
Sajat bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sudah keluar dari agama Islam (murtad) sepertimana digemparkan sebelum ini. Malah, dia turut menafikan bersembunyi daripada ditangkap pihak JAIS.
Kata kita murtad, suka hati je buat tohmahan. Dan bila masa saya menyorok? Muka cantik hendak menyorok? Merepek!
Tambah Sajat lagi, dia memaklumkan pihak berkuasa tidak mencarinya malahan yakin mereka mempunyai urusan lain yang lebih penting daripada dirinya.
Sumber: Kosmo