berita

JAIS Gagal Kesan Muhammad Sajjad, Didakwa Sedang Bersembunyi

February 27th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan kira-kira 122 penguatkuasa untuk mencari usahawan kosmetik terkenal iaitu Nur Sajat selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Ini kerana dia gagal menghadirkan diri ke perbicaraan semula tempoh hari berhubung isu didakwa memakai pakaian menyerupai wanita di dalam satu majlis keagamaan.

Artikel berkaitan: ‘Surat Doktor Ada Kalau Tak Percaya’ – Muka, Badan Bengkak Punca Sajat Tak Hadir Mahkamah

Artikel berkaitan: ‘Saya Tunggu, Dia Tak Datang..’ – Gagal Hadir Ke Mahkamah, Sajat Dikenakan Waran Tangkap

Terbaru, usahawan kosmetik itu didakwa bersembunyi bagi mengelakkan dirinya dicekup pihak berkuasa.

Terus hilangkan diri

Memetik laporan Kosmo, setakat jam 9.00 malam tadi, pihak penguat kuasa masih gagal mengesan keberadaan Nur Sajat. Namun bagaimanapun, pihak berkuasa mempercayai usahawan itu telah bersembunyi sebaik sahaja waran tangkap dikeluarkan kepadanya.

Dia hanya mengemukakan surat MC selama dua hari yang diperoleh daripada hospital kerajaan kepada Peguam Syarienya, Zuri Zabuddin Budiman menerusi aplikasi WhatApps. Sajat kemudiannya terus menghilangkan diri sehingga kini.

Boleh dikenakan hukuman penjara?

Difahamkan, waran tersebut membolehkan penangkapan dilakukan seterusnya membawa Sajat ke mahkamah untuk sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 1 Jun 2021.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii turut menjawab soalan sama ada Sajat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga kes sebutan semula? Namun bagaimanapun, keputusan tersebut adalah bergantung kepada pihak pendakwaan.

Atas permohonan pendakwa boleh dipenjara kalau ada isu-isu yang munasabah.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×