
Di balik senyuman manis dan janji setia, tersimpan luka yang tidak pernah sembuh. Itulah realiti cinta yang dibongkar menerusi Tonton Original Series: Toksik Cinta, karya yang mengupas sisi gelap hubungan berlandaskan ego.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kongsi Maksud Cinta Sejati Berdasarkan Pemahaman Sendiri – ‘Jangan Lupa Cinta Apa Pun Itu Milik Allah’
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Bawa Penonton Selami Sisi Gelap Cinta & Obsesi, ‘Toksik Cinta’ Gabung Elemen Melodrama & Thriller
Pasangan saling buka aib
Penulisan skrip daripada Erma Fatima dan arahan Pali Yahya, Toksik Cinta terinspirasi daripada kisah sensasi pasangan Hollywood Johnny Depp dan Amber Heard yang mengupas realiti hubungan sering diselindungi dengan senyuman di hadapan khayalak ramai.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Erma meluahkan rasa kecewa terhadap pasangan yang saling membuka aib masing-masing selepas berpisah.
Sumpah aku tak faham, bila nak cerai masing-masing burukkan pasangan di media sosial. Simpan saja kisah dalam kain untuk tatapan sendiri.
Malu, netizen pun akan tokok tambah sampai nak muntah aku baca. Aku bercakap secara umum, jangan tuduh aku perli sesiapa.
Ini realiti, inspirasi dari kisah Johnny Depp dengan isterinya yang narsisitik, Amber Heard. Maka lahirlah ‘Toksik Cinta’, jadi jangan nak kata aku buat cerita pulak.
Erma sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam menyingkap sisi sebenar dalam kehidupan sebenar masa kini. Drama ini bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi menggabungkan emosi, psikologi dan realiti cinta.
Toksik Cinta dibintangi Riena Diana, Aqasha, Keith Foo, Christina Suzanne dan ramai lagi.
Sumber: Instagram








![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)