Pelakon, pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima berkongsi maksud cinta sejati berdasarkan pemahamannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erma Fatima Sebak Lihat Fattah & Amira Bersanding – ‘Terima Kasih Allah, Hantar Insan Yang Beri Cinta Sejati Buatnya’

Artikel Berkaitan: ‘Banyak Karya Aku Kena Banned, Payah Jadi Pengkarya Melawan Arus’ – Erma Fatima

Maksud cinta sejati

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma, 57, berkata orang ramai sering menganggap cinta yang hadir sesama manusia ialah cinta sejati.

Bagaimanapun, mereka sering lupa bahawa cinta sejati yang sebenar adalah kekal milik Allah SWT.

Saya tengah nak hadam maksud cinta sejati. Betul juga, setiap kali kita berjumpa dengan pasangan hidup itulah yang kita akan anggap cinta sejati.

Mana ada istilah lain. Takkan cinta monyet atau cinta makrifat. Tetapi kita lupa cinta sejati itu milik Allah.

Menurut Emma, cinta sejati yang dihadirkan oleh Allah SWT adalah pinjaman sementara.

Sampai masanya dia akan ambil semula dan kalau nasib baik dia hadirkan pula insan lain yang juga cinta sejati dengan durasi yang kita sendiri tidak ketahui sampai bila-bila.

Dia maha mengetahui segalanya. Dua hal yang kita tidak mampu mengendalikannya ialah jodoh dan maut.

Makanya siapa pun pasangan hidup yang hadir dalam hidup kita., masa tengah angau bercinta tu akan kita rasakan sebagai cinta sejati meskipun pengakhirannya membawa pada kekecewaan namun insan itu tetap pernah menjadi cinta sejati kita.

Cuma jangan lupa cinta apa pun itu milik Allah.

Sumber: Instagram