berita

‘Bila Sampai Jodoh Tak Ke Mana’ – Ruhainies Akui Takut Untuk Bercinta

May 16th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelbagai isu rumah tangga yang didengari dalam kalangan selebriti sehingga sesetengah orang takut untuk menjalinkan hubungan istimewa.

Begitulah pelakon jelita, Ruhainies yang memilih untuk memberi perhatian sepenuhnya pada karier seni sekarang.

Artikel Berkaitan: Digosip Bercinta Dengan Anak Tokoh Politik, Ruhainies Tampil Beri Respon – ‘Saya Tak Nak Orang Luar Takut & Tak Selesa..’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Lagi Aksi Mesra Zul Ariffin & Ruhainies, Netizen Buat Spekulasi Dah Kahwin Dalam Diam

Artikel Berkaitan: Ruhainies Rahsia Status Hubungan Dengan Mr E

Takut untuk bercinta

Menerusi laporan Harian Metro, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas akui belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga.

Tambahnya, dengan kemelut rumah tangga yang terjadi pada sesetengah pasangan selebriti membuatkan dirinya takut untuk bercinta.

Saya risau dan takut untuk diri sendiri kalau bercinta. Apa yang pasti, saya belum terfikir dan bersedia untuk berkahwin buat masa sekarang. Kalau sampai jodoh, tak ke mana.

Ruhainies, 31, memaklumkan untuk mengutamakan kariernya dahulu. Katanya lagi, dia bersyukur dengan rezeki yang tidak putus dalam bidang lakonan serta sebagai duta produk.

Tak nak ‘share’ kisah cinta

Dahulu, Ruhainies dilihat terbuka dalam berkongsi kisah cintanya di media sosial namun, hal itu tidak lagi menjadi pilihannya.

Katanya, perkongsian kisah cinta hanya membuatkan orang tertunggu-tunggu dengan langkah seterunya.

Sekarang saya dah tak nak lagi kongsi tentang hal peribadi dan hubungan cinta sehingga sampai masanya. Kalau sudah jodoh dan ingin berkahwin nanti, barulah saya kongsi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×