Nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies kembali menjadi bualan netizen setelah tular video yang memaparkan kemesraan antara mereka di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Zul Memang Sangat Rapat’ – Ruhainies
Artikel Berkaitan: Keluar Dakwaan Zul Ariffin Dah Kahwin, Kelab Peminat Nafi – ‘Boss Masih Lagi Bujang, Berhenti Sebar Gosip Murahan’
Aksi mesra
@fyzalbabjan @Ruhainies777 ? Bahagia Bersamamu – Haico
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @fyzalbabjan, Zul dan Ruhainies kelihatan hadir ke majlis Ralph’s Club Ralph Lauren yang diadakan di ibu kota, semalam (Rabu).
Berdasarkan rakaman itu, Zul datang rapat ke Ruhainies lalu berbisik ke telinga sambil memegang lengan aktres tersebut.
Selang beberapa saat, Zul dilihat beredar dari tempat tersebut dan Ruhanies kembali melayan peminat untuk bergambar.
Tengok cara macam dah kahwin
Bagaimanapun, kemesraan itu nampaknya kurang disegani oleh warganet. Ada segelintir netizen yang kembali beranggapan kedua pelakon ini sudah berkahwin namun merahsiakan.
Selain itu, status hubungan Ruhainies dengan Mr E juga menjadi persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.
Sebelum ini, Ruhainies akui rapat dengan Zul tetapi sekadar hubungan seorang rakan karib dalam industri.
Manakala, pada penghujung tahun lalu, kelab peminat Zul iaitu @zulariffinfc menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sudah berkahwin.
Sumber: TikTok @fyzalbabjan