berita

‘Bila Sekolah Nak Buka Bising, Tapi Bawa Anak Pergi Air Terjun Tak Takut Pula’ – Michael Ang

September 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, pengarah sensasi iaitu Michael Ang telah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat pengikutnya di Instagram selain meluahkan rasa keliru dengan mentaliti segelintir rakyat Malaysia terhadap situasi negara yang kini dilanda pandemik.

Michael Ang buka mulut

Menerusi perkongsian di Instagram, Michael Ang menyelar sikap segelintir rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang seakan tidak berpuas hati selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan sekolah secara bersemuka pada Oktober depan kerana bimbang akan keselamatan anak-anak.

Namun dalam masa yang sama, mereka ‘berani’ membawa anak-anak pergi bercuti ke tempat tumpuan ramai sebaik sahaja selepas mendapat kelonggaran daripada kerajaan.

Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal tu and ini pasal keselamatan anak. Bila kerajaan bagi kelonggaran kau orang boleh pula bawa anak-anak kau orang pergi air terjun, holiday dan picnic berpusu-pusu tak takut pula pasal anak-anak kau orang.

Tolong fahamkan aku pasal apa kau orang fikir dan nak? Satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kau orang, jangan jadi sampah masyarakat ya!

Respon netizen

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakannya bersetuju dengan perkara tersebut. Malah, mereka juga hairan dengan sikap ibu bapa yang berani ‘mempertaruhkan’ nyawa dengan membawa anak-anak ke lokasi yang sesak.

Sumber: Michael Ang

SKIP THIS AD ×