berita

Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

March 9th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon berstatus suami orang bersama seorang aktres wanita ditangkap berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Pasangan artis dicekup berkhalwat?

Memetik laporan Harian Metro, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Difahamkan, pasangan selebriti berkenaan yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat. Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu.

Untuk rekod, aktor itu pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula selain pernah terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan isu curang.

Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang selebriti pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa artis.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×