berita

Bimbang Kanak-Kanak Terdedah Kepada Pornografi & Gangguan Seksual, India Haramkan Tiktok

April 18th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tik Tok merupakan sebuah aplikasi video dan foto yang popular di Asia Tenggara. Malah, di Malaysia sendiri, aplikasi ini turut digunakan oleh selebriti Malaysia untuk tujuan hiburan mereka. Boleh dikatakan, setiap telefon pintar pasti ada aplikasi ini terutama dalam kalangan remaja.

Namun di India, rakyat mereka dikejutkan dengan keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi itu bermula Selasa lepas. Ramai remaja di India mula kecewa dengan berita ini.

Kandungan tidak sesuai buat remaja

Mahkamah India telah memutuskan untuk mengharamkan aplikasi Tik Tok di negara mereka. Malah, menurut laporan CNN, aplikasi ini sudah tidak dapat dimuat turun dari Apple dan Google dan dikatakan telah dibuang dari kedua-dua platform berkenaan pada Selasa lepas.

Menerusi Astro Awani, ianya disekat kerana kandungan yang tidak sesuai buat remaja. Tak kurang juga ada yang berbentuk pornografi yang tidak elok dipaparkan kepada umum.

Mendedahkan kanak-kanak kepada pedofilia

Bagaimanapun, langkah ini tidak menjejaskan puluhan juta pengguna sedia ada di India tetapi ia boleh menjadi masalah besar bagi pemilik TikTok. Pengharaman ini juga berkemungkinan menyekat perkembangannya memandangkan India merupakan pasaran yang paling pesat berkembang di dunia.

Kerajaan India dilaporkan meminta Apple dan Google untuk menyekat TikTok selepas mahkamah tinggi di Madras mengeluarkan amaran yang ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pedofilia, kandungan lucah dan buli siber. Namun, Kementerian Teknologi India belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi buat masa ini.

Pendapat rakyat India

Tak kurang juga sesetengah selebriti media sosial di India tidak setuju dengan tindakan kerajaan India. Menurutnya, aplikasi ini banyak kebaikan untuk hiburan lebih pada negatif. Apa pendapat korang?

Sumber : Astro Awani