berita

Bimbang Nak Campur Dengan Orang Ramai, Nabil Mahir ‘Booked’ Satu Pawagam & Bilik Hotel Untuk Solat

January 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Setakat 27 Disember, filem terbaru keluaran Marvel, ‘Spiderman: No Way Home’ telah mencatat kutipan box office sehingga AS$1 bilion di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: Baru Dua Minggu Ditayangkan, Filem ‘Spider-Man No Way Home’ Catat Kutipan Box Office Tertinggi Melepasi AS$1 Bilion

Tempah keseluruhan panggung wayang

Pengacara Nabil Mahir mendedahkan dia merupakan peminat tegar filem Marvel tersebut justeru dia tak ingin melepaskan peluang untuk menonton di pawagam.

Risau dengan kes positif Covid-19 yang masih tinggi, Nabil, 34, membuat keputusan menempah keseluruhan panggung di ibu kota untuk menonton bersama keluarga.

Pada yang tahu, saya adalah peminat tegar Spiderman dan saya suka menonton filem di panggung wayang!

Lama tak pergi panggung wayang. Saya tidak mahu melepaskan peluang menonton Spiderman, jadi jalan penyelesaiannya, saya tempah keseluruhan panggung wayang untuk sekeluarga supaya boleh menontonnya dengan tenang dan gembira.

Selain panggung, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad Mahir turut menempah sebuah bilik hotel bagi memudahkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat.

Saya juga tempah bilik hotel supaya keluarga saya dapat menunaikan solat.

Rasanya saya sudah ada ciri bapa-bapa kot. Tetapi saya lebih rela ambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan ahli keluarga saya selamat. Ana Nayla (anaknya) tinggal di rumah.

Jauhkan diri dari media sosial

Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata dia terpaksa berehat daripada media sosial bagi mengelakkan dirinya ternampak beberapa adegan yang dikongsi pengguna media sosial.

Salah satu sebab saya menjauhkan diri daripada media sosial kerana untuk mengelak daripada ‘spoiler’ filem Spiderman. Tapi sebenarnya bagus juga sebab saya PSM (puasa sosial media) seketika.

Sumber: Instagram @nabilmahir

SKIP THIS AD ×