berita

Lelaki Thai Sanggup Berhabis RM27 Ribu Bina ‘Banglo’ Kucing, Hasilnya… Memang Lawa!

May 16th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Buat pencinta kucing, mesti anda impikan ruang khas untuk menempatkan haiwan peliharaan. Sudah tentu ingin berikan keselesaan kepada kucing dan diri anda sendiri. Tapi jika rumah anda mempunyai ruang di halaman rumah, mungkin anda boleh bina rumah kucing seperti ini.

Secara asasnya, kos yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah rumah kucing sebegini kira-kira lebih 200k Baht (RM27,137.32). Hasilnya memang nampak eksklusif, sepandan harganya!

Proses awal bina rumah kucing

Menerusi posting di Facebook iaitu Datakitt Cattery berkongsi proses menyiapkan sebuah rumah kucing di Thailand yang bersaiz sebesar 2.5 x 6 meter. Ruang itu hanya dilakukan di tepi halaman rumahnya yang mempunyai tanah lebihan.

Boleh menikmati langit biru

Malah, dinding dan atap bumbung rumah kucing ini diletakkan aluminium bagi lebih kelihatan eksklusif dan menawan. Sambil bermanja dengan kucing, anda juga boleh menikmati pemandangan di langit biru.

Bajet keseluruhan bagi menghasilkan ruang sebegini lebih 200k Baht (RM27,137.32) termasuk penghawa dinding.

Lihatlah hasilnya…

Sumber: Datakitt Cattery

SKIP THIS AD ×