berita

Bincang ‘Assignment’ Dalam Bilik Hotel, Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat

November 17th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) jurusan pergigian dicekup berkhalwat di hotel bajet, Bakar Arang. Kedua-dua pelajar itu berusia dalam 20-an yang ditahan dalam Operasi Khas PADKM selepas menerima aduan awam.

Bincang ‘Assignment’

Sekadar gambar hiasan

Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail, pasangan tersebut gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan yang halal. Tambahnya, mereka enggan membuka pintu bilik apabila menyedari kehadiran penguat kuasa.

30 minit kami memujuk mereka untuk buka pintu bilik dan akhirnya terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada pihak hotel bajet.

Pasangan yang dicekup itu memberitahu kepada penguat kuasa bahawa mereka sedang melakukan perbincangan tugasan universiti di dalam bilik itu. Kelewatan dalam membuka pintu bilik adalah kerana sedang bersiap untuk pulang ke asrama.

Rentetan itu, kedua-dua pelajar IPT itu ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 atas sebab berkhalwat.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×