berita

‘Walaupun Dah Delete, Semua Bukti Berunsur Fitnah, Lucah & Maki Akan Di ‘Screenshot’ Oleh Pihak Peguam’ – Risteena

March 15th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kakak kepada pelakon Ruhainies iaitu Risteena dipercayai bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menghantar kiriman berunsur fitnah, lucah dan caci maki di ‘direct message’ akaun media sosialnya.

Artikel Berkaitan: Risteena Lebih Tahu Kejadian Sebenar, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Netizen Fitnah Ruhainies

Tolong bagi kerjasama nanti

Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Risteena berkongsi sebuah tangkap layar di mana seorang individu didakwa telah menghantar mesej berbaur lucah kepadanya.

Walaupun dah delete, semua bukti berunsur fitnah, lucah dan maki akan di ‘screenshot’ oleh pihak peguam. Tolong bagi kerjasama nanti.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! kiriman tersebut dipercayai dihantar selepas Ruhainies membuka mulut menceritakan kejadian sebenar yang berlaku antaranya dengan penyanyi, Aliff Aziz pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, Risteena enggan mengulas lebih lanjut berhubung kontroversi tangkap khalwat yang membabitkan adiknya itu.

Tambah Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, dia tidak terganggu apabila diserang netizen disebabkan kontroversi yang melanda. Baginya, apa yang berlaku itu merupakan asam garam yang perlu dilalui sebagai anak seni.

Namun begitu, dia meminta orang ramai berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang spekulasi yang berbaur fitnah kerana tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat.

Sumber: Risteena

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×