Beberapa bulan sebelum ini, banyak kejadian membabitkan artis yang bertindak membunuh diri kerana masalah depresi yang dialami mereka. Penyanyi kumpulan f(x), Sulli, dan Hara dari kumpulan Kara, masing-masing dari Korea Selatan turut bertindak demikian dan ia meruntunkan hati para peminat mereka dari seluruh negara termasuklah Malaysia.
Meskipun kejadian seperti ini jarang didengari berlaku di Malaysia, namun ia tetap memberi kesan kepada masyarakat. Terbaru, seorang artis dari Singapura pula dipercayai turut mengambil keputusan untuk membunuh diri, malah lebih menyedihkan apabila dia sempat memuatnaik pesanan di laman Facebooknya sebelum membuat tindakan sedemikian.
Anda dijemput
https://www.facebook.com/samanthalqx/posts/10156450400597163
Samantha Lee, bekas bintang Singapore Idol meninggal dunia pada Ahad lalu selepas mengemaskini status terakhir di laman Facebooknya.
Menerusi posting terakhir di Facebooknya yang bertarikh 22 Disember, penyanyi tersebut menjemput pengikutnya untuk pergi ke ‘persembahannya’ yang terakhir pada 23 Disember. Malah dalam postingnya itu, dia turut berkata lokasi ‘persembahannya itu akan dikemaskini dan memberi bayangan bahawa ia merupakan majlis pengebumian selama sehari.
Samantha sudah meninggal dunia. Anda dijemput untuk menyaksikan persembahannya, 23 Disember 2019.
Ucapan beberapa jam sebelum
https://www.facebook.com/samanthalqx/posts/10156450195372163?__xts__[0]=68.ARBcDdhfKzfMhfIr5VuZ0oYkvamxHVtuWfnOSWUytOqKhwTbr1h6DpNT7uY6qTBE0hFrGSx1nKdFN1UDudS5YatqvFeHa3a84K4t0fJd7jrXbmjB-llrEwHau862jF3Z4Zi7KuCT0VebVSILSsF9s7t0LRQxozk_5pg-v0NB30RDH3WgRT_wRQF0zo76q4l_4jbO0m4pkMAxEeW8Js0Bb1h6KKWvkdjAdbovQj0VIRrD1ap5aib_LKOuKLyYYY7o1LmudgfV_jda1djRqJdo-O0cFWxmMkD2Spo2a9B4khihRQzqDL7iAlO16jik8LQzu4KV_v1Sk-7O4x-xjwhJieHe&__tn__=-R
Beberapa jam sebelum itu, penyanyi wanita tersebut turut memuatnaik posting berupa video berserta kapsyen yang menyetuh hati. Posting itu dimuatnaik olehnya sekitar jam 6 petang juga pada tarikh 22 Disember lalu.
Saya tahu anda semua mengambil berat tentang saya. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya, saya mampu bertahan sampai sekarang.
Tetapi anda tidak akan faham depresi saya kerana untuk memahaminya, anda perlu melaluinya, yang mana kalau boleh saya tak nak sesiapa pun rasainya.
Saya tak salahkan anda untuk itu, tetapi saya akan salahkan anda sekiranya tulisan saya ini menjejaskan kegembiraan anda.
Kita semua sudah buat yang terbaik tetapi saya masih tidak layak lagi berada di dunia ini lagi. Jadi, inilah ucapan selamat tinggal saya.
Menerusi laporan CNA lifestyle, Samantha menyertai Singapore Idol pada tahun 2009 dan dia mula mencuri perhatian menerusi nyanyian lagu Don’t Speak (No Doubt).
Penyanyi itu disemadikan pada Selasa lalu dan punca kematiannya yang sebenar masih belum diketahui.
Sumber: Facebook Samantha Lee, CNA lifestyle