berita

Bisnes Baru Nak Maju, Tiba-Tiba Ada Individu Tampil & Bercakap Soal Tapak Berniaga

June 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kebanyakan individu dipercayai hilang pekerjaan. Susulan daripada itu, golongan yang terjejas ini mengambil inisiatif untuk berniaga secara kecil-kecilan tidak kira di tepi jalan mahupun di atas talian.

Seperti perkongsian seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Ashraf Effendy, dia terpaksa memulakan perniagaan selepas hilang pekerjaan. Namun begitu, hasrat tersebut perlu dihentikan segera kerana tapak yang digunakan olehnya itu merupakan tempat orang lain berniaga.

Baru tiba-tiba nak cakap

Allahuakhbar, baru nak maju meniaga ada hamba Allah ni nak tutup periuk nasi orang. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni, semoga Allah beri kekuatan kepada aku. Kepada saudara dan saudari, saya tak tahu siapa anda, mungkin dapat nombor saya daripada Facebook.

Menurut Ashraf, dia terkilan kerana baru sahaja tiga minggu berniaga tiba-tiba ada individu tampil bercakap mengenai hal tapak. Tambahnya, kenapa individu berkenaan tidak memberitahunya sejak hari pertama atau minggu pertama lagi. Ujar Ashraf lagi, individu tersebut didakwa enggan berbincang untuk berniaga sama-sama. Bercerita lebih lanjut, Ashraf memberitahu tapak tersebut memang sudah lama kosong dan dibiarkan sebegitu sahaja.

Saya dah tanya orang-orang dekat situ. Tempat tu memang dah kosong lama dah. Kesimpulannnya saudara dan saudari memang tak nak saya berniaga di situ kan? Pada yang mesej saya tu, semoga hidup awak bahagia dengan apa awak dah buat pada orang. Tak apa lah, mungkin Allah nak ganti yang lebih baik daripada ni.

Tak sangka jadi macam ni

Ashraf turut berkongsi beberapa foto tangkap layar perbualan di antara dirinya dengan individu tersebut. Jelas Ashraf, dia telah mengeluarkan modal yang besar demi perniagaan yang ingin diusahakannya itu. Namun apakan daya, dia terpaksa mengalah demi mengelakkan isu tersebut berterusan. Sebagai ketua keluarga, Ashraf yakin Allah akan memberi petunjuk dan jalan yang terbaik buat dirinya.

Sumber: Ashraf Effendy

SKIP THIS AD ×