Sejak semalam, nama TikTokers terkenal iaitu View Chin menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas isterinya, Shermine Ah Moi mendakwa bahawa dia berlaku curang dengan pekerjanya sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘I Bagi You Kerja, Bukan Bagi Suami I Tau’- TikTokers Curang Dengan Staf, Siap Check In Masa Isteri Berpantang?
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Semalam, View Chin memaklumkan bahawa dia dan isteri sudah bercerai pada tahun lalu dan kes yang berlaku sekarang dipercayai melibatkan soal anak.
‘Saya ingin memohon maaf’
Menerusi perkongsian terbaharu View Chin di Instagram, dia memberitahu akan membetulkan situasi yang berlaku selain akan memberi penjelasan tidak lama lagi.
Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain difikiran anda. Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang semua barang telah dipindahkan.
Tambahnya lagi, buat masa sekarang dia terlalu sibuk menguruskan perniagaannya memandangkan ramai penjual barangannya meminta wang dikembalikan susulan daripada isu membabitkan dirinya.
Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu. Pekara ini menimpa sampaikan bisnes saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai begitu juga dengan staff saya juga kena kacau oleh mereka berkenaan.
View Chin berharap agar orang ramai memberinya masa untuk menjawab segala persoalan berhubung isu yang tular baru-baru ini.
Sumber: View Hau