Seorang TikTokers yang sering berkongsi mesej dan kata-kata positif kepada pengikutnya kini menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan pendedahan si isteri yang mendakwa suaminya itu berlaku curang dengan pekerjanya sendiri.
Suami curang dengan staf sendiri
Foto: Gambar mesra suami dengan skandal
Isteri kepada TikTokers tersebut yang dikenali sebagai Shermine Hau-Ah Moi telah memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra suaminya di WhatsApp bersama wanita berkenaan.
Salah saya sebab percaya dengan suami yang kahwin 8 tahun. Akhirnya Tuhan dah nampak, siapa yang jadi penyondol siapa, tanggunglah tu. Kalau nak main, jangan main suami orang orang. Bukan tak cantik, janganlah jadi perampas.
I bagi you live, bagi you kerja, bukan bagi you laki (I) tau? Lets start the war.
Berdasarkan perbualan tersebut, kedua-duanya dilihat mula bersayang-sayang, meluahkan rasa cinta, mahu berpelukan di tangga, memakai baju sedondon dan sebagainya. Bercerita mengenai kisah rumah tangganya, Shermine memberitahu pada September tahun lalu suaminya telah bercuti ke Bali, Indonesia sendirian kononnya mahu tenangkan diri tetapi rupa-rupanya dia ke sana bersama skandalnya.
Dia (penyondol) dah ikut saya selama 5 tahun, saya memang layan dia bagus, sangat percaya dia. Apabila saya tahu perkara ni, saya check suami punya phone, baru tahu diorang start since April 2022.
Masa tu saya dalam pantang, saya baru bersalin tau. Diorang pun pergi hotel tau. Dan staff lama saya pun cakap dengan saya dia pernah nampak diorang pergi rumah lama saya, masuk rumah apabila masa saya dalam pantang.
Ugut nak sebar video
Foto: Shermine Hau-Ah Moi
Shermine juga mendakwa suaminya itu seorang yang panas baran dan kaki pukul. Lebih mengejutkan apabila Shermine mendakwa suaminya akan merakam setiap kali mereka melakukan hubungan suami isteri selain memaksanya mengambil beberapa jenis pil (perangsang nafsu) untuk kepuasan seks.
Ada satu hari dia tiba-tiba tanya saya buat sex 3 orang boleh tak. Saya cakap tak boleh. Saya masih ingat ada satu hari dia bawa saya pergi hotel, dia buka wine kasi minum. Lepas tu makan ubat lagi. Saya just nampak paha saya lebam, badan sakit. Lepas tu saya terjumpa ada foundation perempuan. Tapi bukan saya punya. Sejak itu saya dah syak.
Masa saya dalam pantang, mereka dah pergi hotal. Saya tanya dia kenapa buat macam tu? Dia cakap dia tak pernah sex dengan staff sendiri rasa fresh. Dan dia nak masuk islam sebab kalau sudah masuk Islam baru ada lebih melayu percaya dia dan beli barang kat live TikTok dia.
Tidak terhenti di situ, lelaki itu meminta Shermine menandatangani surat perceraian dan hak penjagaan tiga anak mereka haruslah diserahkan kepadanya. Dia turut mengugut Shermine untuk menyebarkan videonya sekiranya permintaan itu tidak dituruti. Malah lelaki itu sudah sudah menggugurkan nama Shermine dalam perkongsian syarikat.
Akhir sekali Shermine mengatakan dia kini terpaksa bersembunyi di satu tempat kerana bimbang dengan suaminya yang akan mencederakan dia dan anak-anak.
Sumber: Shermine Hau-Ah Moi