Platfom insurans nombor 1 Malaysia, Bjak akan melancarkan pilhan pembayaran buy now, pay later (BNPL) yang boleh digunakan bagi membuat pembaharuan insurans kereta dan motosikal bermula 1 November 2021.
Tawar 15 jenama insurans
Bjak merupakan platfom pertama yang menggunakan kaedah pembayaran tersebut bagi 15 jenama insurans di Malaysia. Kaedah pembayaran ini membolehkan para pemilik kereta dan motosikal untuk membahagikan bayaran insurans sebanyak tiga kali tanpa sebarang faedah tambahan.
Ujar Naib Presiden Operasi, Fatin Izzati, kerjasama ini membolehkan pembaharuan insurans kenderaan dapat diakses dengan lebih mudah ketika tempoh pasca pandemik.
Kami bekerjasama dengan Atome, penyedia BNPL terkemuka di Asia Tenggara untuk memperkenalkan pilihan pembayaran yang selamat dan fleksibel untuk pelanggan kami.
Kesemua pelanggan Bjak boleh menikmati kaedah pembayaran BNPL untuk insurans dan cukai jalan menerusi web Bjak tanpa jumlah minimum atau dokumen sokongan yang diperlukan.
Untuk pengetahuan korang, pembayaran pertama akan dibuat menggunakan kad debit atau kredit. Pembayaran seterusnya akan dibuat selepas 30 hari tanpa sebarang caj tambahan mahupun faedah.
Tawar kaedah pembayaran yang lain
Selain daripada kaedah pembayaran BNPL platfom Bjak turut menawarkan lima pilihan pembayaran yang lain termasuk kad kredit, kad debit, perbankan atas talian, pembayaran tunai melalui 7-eleven dan pelan insurans kad kredit.
Bagi pemilik kereta dan motosikal korang boleh menikmati pilihan pembayaran cara baharu dengan meminta quotation di laman web Bjak bermula 1 November ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari Bjak.
Pelanggan boleh memilih untuk membahagikan bayaran kepada tiga bulan. Pilihan 6 bulan dan 12 bulan akan dibolehkan dalam keluaran yang seterusnya.
Zulaikha
Latest posts by Zulaikha (see all)
- [VIDEO] Wawa Zainal & Aeril Zafrel Beri Kereta Bezza Dekat Pekerja Cemerlang, Sasar Nak Hadiah Sebuah Rumah Kalau Capai Target RM50 Juta - 03/01/2025
- [FOTO] Konsert Judika & Siti Nurhaliza Meriah Dengan 24,000 Penonton! Geng OT, ‘Aku Cinta Padamu’ Versi Dangdut & Peminat Berjoget Antara Momen Terindah - 16/12/2024
- Kak Nona Dahulukan Kongsi Rezeki Dengan Keluarga, Ajar Anak-Anak Cari Duit Poket Sendiri – ‘Mereka Perlu Belajar Dari Bawah’ - 11/12/2024