berita

BJAK Lancar RM150 Juta Cukai Jalan Digital Percuma, Menguntungkan 6 Juta Rakyat Malaysia

April 2nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Platform insurans digital terkemuka Malaysia iaitu BJAK Sdn Bhd telah melancarkan program RM150 Juta Cukai Jalan Percuma kepada rakyat Malaysia.

RM150 Juta Cukai Jalan Percuma

Inisiatif perintis ini memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan kereta dan motorsikal mereka secara percuma. Bukan itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung bakal mengubah cara rakyat memperbaharui cukai jalan dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 6 juta pengguna di seluruh Malaysia.

Subsidi sebanyak RM150 juta dijanjikan kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan mereka di platform BJAK telah bermula sejak Mac 2024. Program RM150 Juta Cukai Jalan Percuma ini merupakan satu langkah yang besar dalam misi syarikat dalam memacu penggunaan digital dan menyelaraskan proses pentadbiran untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, Mandy Foong iaitu Naib Presiden Pemasaran BJAK akui berbesar hati untuk menawarkan kepada semua rakyat Malaysia peluang untuk memperbaharui cukai jalan mereka secara percuma melalui program itu.

Sebagai sebuah syarikat yang dipacu teknologi, kami komited dalam mempercepatkan pendigitalan Malaysia dan inisiatif ini sejajar dengan visi kami. Pelaburan yang besar ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunapakai penyelesaian secara digital bagi pembaharuan cukai jalan mereka, mengakses segala faedah dalam pendigitalan dengan mudah, pelbagai pilihan dan senang.

Boleh bayar secara ansuran selama 12 bulan

Dengan mempromosikan pembaharuan secara dalam talian, BJAK turut menyasarkan pengurangan keperluan untuk pergi ke pusat-pusat pembaharuan sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap transaksi berasaskan kertas dan perjalanan secara fizikal. Inisiatif ini turut membuktikan komitmen BJAK terhadap kelestarian alam sekitar.

Selain itu, BJAK juga menangani beban kewangan pemilik kenderaan dengan menyediakan pelan bayaran ansuran sehingga 12 bulan bagi pembaharuan insurans.

Selaras dengan desakan pendigitalan negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem cukai jalan digital yang membolehkan pemilik kenderaan untuk berkongsi e-LKM (Lesen Kenderaan Motor Digital) dengan pemandu lain melalui aplikasi MyJPJ.  Inisiatif ini memudahkan lagi proses buat pemilik kenderaan dan selari dengan visi kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ.

Rakyat Malaysia digesa untuk merebut peluang ini dalam menerima inovasi digital dan menikmati kemudahan dalam membaharui cukai jalan.

Layari laman sesawang kami di BJAK.com untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×